Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lofti Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.
Menurut sumber, Mohd Lofti,46, dari Kuala Ketil, Kedah mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama pada pagi Selasa lalu.
Berikutan kecederaan itu, Mohd Lofti yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki.
"Doktor telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkannya. Dia gagal bertahan kerana kecederaan dan meninggal dunia selepas Maghrib pada Sabtu," jelas satu sumber kepada The Star pada Ahad.
Difahamkan jenazah Mohd Lofti akan dikebumikan di Turki.
Dalam serangan itu, seorang lagi rakyat Malaysia Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, turut terkorban.
Rakyat Malaysia yang telah terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob, manakala Ahmad Tarmimi Maliki, 26, terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.
Sebelum ini The Star melaporkan Mohd Lofti, bekas Exco Pemuda Pas Kedah sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil).
Mengikut abang sulungnya Zainon Ariffon,52, Mohd Lofti pergi ke Syria untuk berperang kerana bersebab.
Mohd Lofti meninggalkan lapan anak yang berumur lapan bulan hingga 17 tahun.
Dia dikatakan tidak balik ke rumah ketika adiknya yang berusia 41 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung Mac lalu.
Dalam laporan eksklusif sebelum ini, Mohd Lofti antara 40 orang rakyat Malaysa termasuk empat bekas tahan ISA.
Mereka ialah bekas anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) Zainuri Kamaruddin dan bekas Jemaat Islamiah (JI) iaitu Rafi Udin, Samad Shukri, Zid Saharani Mohamad Esa.
Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM.
Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.