Lagi Bintang K-Pop Korea Hampir Maut Di Jalanraya

Selepas dikejutkan dengan kemalangan maut yang melibatkan kematian dua anggota kumpulan Ladies Code baru-baru ini, dunia hiburan K-pop sekali lagi tersentak dengan berita kemalangan salah seorang anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri, pada 12 September lalu.

Semasa kejadian, Seungri yang memandu Porsche dilaporkan telah melanggar sebuah kereta lain jenis Mercedes Benz hingga menyebabkan keretanya terbalik di tempat kejadian sebelum melanggar tembok pembahagi jalan. 


Bagaimanapun, Seungri telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala tiga orang yang menaiki kereta Mercedes itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Satu kelegaan apabila Seungri tidak mengalami kecederaan serius. Selepas menjalani rawatan, keputusan menunjukkan dia tidak mengalami apa-apa kecederaan teruk", kata syarikat pengurusannya, YG Entertainment, dalam kenyataan berhubung kemalangan itu.


Dipercayai Seungri memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Namun, pihak pengurusan Big Bang, YG Entertaiment telah menafikan kenyataan tersebut. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com