Lapan anggota polis dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan tata tertib sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia membabitkan seorang inspektor dan tujuh anggota pangkat rendah daripada 6,200 anggota yang bertugas di negeri ini.
Beliau yang memberi perhartian serius isu tata tertib dan integriti anggota tidak akan berkompromi jika ada yang melakukan kesalahan.
"Kita tidak akan toleransi dan berkompromi dalam menangani isu salah laku warga polis. Segala aduan yang diterima akan disiasat secara telus dan saksama berlandaskan undang-undang dan arahan jabatan.
"Kita mementingkan intergriti termasuk nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, adil dan saksama. Mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan orang ramai," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.
Menurutnya, integriti amat penting bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap polis selain menjaga nama baik pasukan.
Sementara itu, dalam majlis berkenaan Abdul Rahim menyampaikan anugerah kepada anggotanya yang memberi khidmat cemerlang termasuk pengawal keselamatan, Muhamad Najib Ahmad, 29, yang berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk merompak sebuah bank di Sungai Dua, di sini 28 Ogos lalu. -Sinar Harian