SEORANG lelaki berjaya memenangi 'perlumbaan' dengan sebuah kereta api bawah tanah 'tube' di London, hanya menggunakan kerusi roda.
Anthony Ince, 43, penghidap penyakit palsi serebrum yang mengakibatkan kekejangan otot-otot pada kedua-dua belah kakinya, melakukan perlumbaan itu dengan begitu menakjubkan.
Menerusi
rakaman kamera sudut pandang, Anothony dilihat cuba untuk 'mengejar'
menggunakan laluan dari Mansion House ke Cannon Street dengan masa satu
minit dan 20 saat, mendahului Tube yang melalui perjalanan di bawah
tanah.
Video perlumbaan kerusi roda itu dihasilkan bagi menegaskan bahawa betapa sukarnya untuk menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah London Underground.
Ia
menumpukan golongan yang mempunyai masalah untuk berjalan dan
memerlukan kemudahan yang melancarkan pergerakan mereka atau 'step-free
access'.
Hanya 25 peratus stesen kereta api bawah tanah itu menyediakan kemudahan berkenaan.
"Saya
lebih mudah untuk menggunakan perkhidmatan bas sahaja. Ia terlalu sukar
untuk mengetahui di mana saya boleh atau tidak boleh lalui jika saya
menggunakan tube," kata Anthony.
"Keadaan
itu seolah-olah memperlihatkan kami sebagai engguna kerusi roda ini
seperti dipinggirkan, walaupun betapa positifnya London menganjurkan
temasya Sukan Paralimpik pada 2012," tambahnya. - metro.co.uk