SEMALAM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
menerusi akaun Twitternya telah mengeluarkan kenyataan mengarahkan Pusat
Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM)
supaya mengesan dua pengguna Twitter yang mengeluarkan kenyataan biadap
terhadap polis.
Kedua-dua menggunakan nama Nasrul Omar dan Viktor Wong.
Bagaimapun, hari ini, Viktor Wong telah mengemaskini statusnya yang
memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM atas kebiadapannya itu.
Ia berbunyi:
“Hello @PDRMsia @KBAB51, saya menarik balik kenyataan ‘anak haram’ dan memohon maaf kepada anda dan semua anggota.”
Sebelum ini, dia juga pernah memuatnaik status seakan-akan menyindir
ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Hari
Kemerdekaan ke-57, kononnya ia tidak asli dan terlalu ‘plastik’.
Justeru, ramai yang beranggapan orang seperti Viktor Wong hanya
berani bercakap di laman sosial, namun ‘kecut telur’ apabila PDRM
mengambil tindakan. -Mynewshub.my