Lelaki Maut Terjatuh Dari Pangsapuri

Mayat mangsa ditemui terbaring di tepi longkang.

Georgetown – Seorang lelaki telah ditemui mati terbaring ditepi longkang berhampiran sebuah pangsapuri di Blok 354, Lintang Maccalum 1, Gat Lebuh Maccalum.

Lelaki berusia lewat 40-an itu dipercayai terjatuh dari pangsapuri berkenaan kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Leong berkata, kejadian disedari oleh orang ramai selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum menemui seorang mayat lelaki dipercayai terbaring berhampiran pangsapuri berkenaan.

Tambah Leong lagi, lelaki tersebut bukan berasal dari penduduk di kawasan ini kerana dia tidak pernah melibat kelibat lelaki itu sebelum ini.

Menurutnya lagi, kelibat mangsa sebelum ini pernah dilihat oleh beberapa penduduk berhampiran yang melihat dia berjalan seorang diri dalam keadaan mencurigakan.

"Saya memang tak pernah lihatnya di sini dan yakin dia bukan penduduk perumahan ini.

"Kebanyakan kes orang terjatuh dari pangsapuri di sini adalah orang luar. Saya harap kejadian seperti ini tak akan berulang lagi," katanya dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, dalam siasatan awal pihak polis menegaskan tiada sebrang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mayat mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa mati dipercayai akibat cedera teruk di bahagian kepala selain patah tulang pinggang.

"Polis masih menyiasat identitinya selain mengenal pasti dari aras berapa lelaki ini terjatuh," menurut sumber polis berhubung kejadian.

Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau kehilangan ahli keluarga supaya segera menghubungi talian 04-2181822. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor