"Lelaki Untuk Lelaki": Lagu Cinta "Gay" Paling Meloyakan...

"Aku menyintai mu.. Aku menyayangi mu... 

"Meski ku tahu kau adalah LELAKI...

"Ingin ku miliki mu... Jadilah pendamping ku...

"Hingga akhir masa ku nanti...

"Meski kau lelaki...

Di atas merupakan antara lirik mendayu-dayu sebuah lagu "jiwang" yang berjudul "Lelaki Untuk Lelaki" yang kini dikatakan sangat "viral" di kalangan lelaki-lelaki songsang atau lebih tepat lagi, "gay".

Golongan lelaki yang mencintai sesama jenis khabarnya cukup suka dengan lagu tersebut sehingga ada yang sanggup menghafal lirik lagu berkenaan untuk dinyanyikan kepada pasangan gay masing-masing.


Sekiranya anda seorang lelaki, bayangkan sekiranya ada lelaki yang nyanyikan lagi tersebut dan didedikasikan kepada anda. Apa yang terbayang di fikiran anda, agaknya?

Gay berhujah bahawa bahawa itulah naluri mereka yang kononnya "semula jadi" dan tidak boleh diubah untuk menyintai sesama lelaki dan kalau dibenarkan dari sudut undang-undang mereka ingin bernikah dengan kekasih lelaki mereka.

Benarkah hujah mereka itu?

Bagi pertubuhan yang kononnya memperjuang hak asasi manusia seperti Suaram dan Majlis Peguam, mereka bersetuju dan menyokong golongan "minoriti" tersebut atas nama "hak asasi manusia" dan sekiranya dilarang, maka mereka dianggap menyekat hak kebebasan tersebut.

Soalnya, setujukah anda dan Islam dengan hujah yang menyalahi fitrah semula jadi kejadian Allah itu?

Apakah menentang kezaliman fitrah kejadian Allah itu dikatakan zalim dan menyekat kebebasan?

Cuba nyatakan pandangan anda... -KedahNews.com