Tinjauan mendapati, ada makam hampir roboh didakwa akibat tidak
diselenggara baik, sekali gus kesudahan nasib beberapa makam akhirnya
tinggal tanda tanya.
Penduduk, Fatimah Hamzah, 63, berkata, beberapa makam di kampung
berkenaan dalam keadaan baik dan cantik sekitar 40 tahun dahulu.
“Kini, ia rosak akibat faktor tertentu. Adakala penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan makam ini, namun lalang tumbuh semula.
“Kini, ia rosak akibat faktor tertentu. Adakala penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan makam ini, namun lalang tumbuh semula.
“Tak silap, ia milik keturunan diraja ataupun guru agama raja zaman
dahulu. Malah, ada satu makam milik anak dara bangsawan masih kukuh
hingga kini,” katanya.
Malah, menurutnya, dia tidak ketinggalan untuk membaca surah Al-Fatihah kepada si mati setiap kali melalui jalan berhampiran makam itu.
Malah, menurutnya, dia tidak ketinggalan untuk membaca surah Al-Fatihah kepada si mati setiap kali melalui jalan berhampiran makam itu.
Fatimah berkata, sekiranya makam bernilai sejarah sedemikian dipelihara, pastinya ia memberi manfaat kepada banyak pihak.
“Sekiranya, ada orang diupah menjaga dan membersihkan semak samun di
sekitar kawasan ini, makam itu tersebut pasti terpelihara,” katanya.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, memang masih ada makam dilihat terbiar di negeri ini.
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, memang masih ada makam dilihat terbiar di negeri ini.
Menurutnya, dia berharap ada usaha pihak berkaitan membina pagar bagi
memelihara dan memulihara sejarah makam Kampung Pisang berkenaan. -Sinar Harian