Meskipun dimalukan oleh sebahagian besar perwakilan Dewan Pemuda PAS yang keluar ketika beliau berucap, Mat Sabu masih mampu menjawab tindakan tersebut dengan mengatakan tindakan itu merupakan satu perkara biasa.
Kata Timbalan Presiden PAS itu, berkemungkinan para perwakilan Pemuda yang keluar itu adalah untuk menunaikan solat Asar.
"Mungkin mereka keluar pergi sembahyang dan sebagainya. Lagipun sudah
masuk waktu Asar, yang mahu solat akan keluar sembahyang," kata Mat Sabu selamba kepada media.
Terdahulu, media yang hadir di Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi, Johor, melaporkan sebahagian perwakilan Pemuda PAS meninggalkan dewan ketika Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian majlis tersebut.
Seorang perwakilan yang enggan dikenali menjelaskan bahawa tindakan tersebut berlaku
ekoran rasa "meluat" mereka dengan kenyataan-kenyataan Mat Sabu yang dilihat sering memperlekeh Presiden mereka, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
"Kita datang dari kawasan presiden dan tak sukalah apabila orang buat presiden kita begitu.
"Dulu dia (Mat Sabu) bertanding kata nak bantu presiden...," katanya perwakilan Pemuda PAS itu yang dipetik dari Sinar Harian.
"Dulu dia (Mat Sabu) bertanding kata nak bantu presiden...," katanya perwakilan Pemuda PAS itu yang dipetik dari Sinar Harian.
Walaupun menerima layanan yang memalukan kedudukannya sebagai orang nombor dua parti, Mat Sabu dilaporkan masih tetap menyampaikan ucapannya di hadapan perwakilan yang masih berada di dalam dewan. - KedahNews.com