"Melayu Malas", "India Mabuk", "Cina Penipu": Benarkah Ini Warna Malaysia?

Benar Malaysia terbina dari pelbagai bangsa, kaum dan masyarakat yang berbeza sejak ia mula ditubuhkan kira-kira lebih 57 tahun yang lalu.

Dalam kepayahan dan perbezaan yang ada, pihak kerajaan dengan kerjasama rakyat di negara ini telah bertungkus-lumus, berhempas-pulas menyemai perasaan saling hormat menghormati dan menyuburkan persefahaman di kalangan masyarakat.

Meskipun begitu, tidak dapat dinafikan negara ini pernah mengalami detik-detik hitam seperti peristiwa 16 Mei 1969 yang menjadi mimpi ngeri pada setiap individu yang mencintai Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang sering menjadi contoh negara luar.

Sejak kebelakangan ini, di zaman serba internet, maklumat di hujung jari, ada pula muncul beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab cuma mencetus api perkauman dengan label-label tertentu.

"Melayu malas", "India mabuk" dan "Cina penipu" antara stigma yang cuba mencetus api perkauman di Malaysia lewat era ini, kononnya negara ini subur dengan sifat perkauman yang tebal.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut? Jom kita sama-sama saksikan hakikat sebenar dalam klip video di bawah: -KedahNews.com