Pelakon yang hangat dikatakan mengamuk di lokasi pergambaran, Tasha Shilla, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut sambil menjelaskan bahawa tuduhan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka padanya.
Tasha turut merayu kepada pihak berkenaan supaya tidak menabur fitnah terhadap dirinya dan membiarkan dia hidup aman untuk melakukan aktiviti seni yang diceburi.
"Apa yang ditulis adalah tidak benar dan saya harap hentikanlah segala cerita-cerita yang tidak benar tentang diri saya.
"Berilah saya ruang yang tenang untuk saya jalankan kerja saya," katanya yang dipetik dari laman mStar, hari ini.
"Berilah saya ruang yang tenang untuk saya jalankan kerja saya," katanya yang dipetik dari laman mStar, hari ini.
Sebuah akhbar mingguan baru-baru ini menyiarkan laporan mendakwa Tasha mengamuk di lokasi pergambaran drama bersiri, "Maaf Jika Aku Tak Sempurna", ekoran dituduh berasmara dengan teman lelakinya yang bertatu, Han Chen Wong, di dalam tandas.
Difahamkan bahawa laporan tersebut bersumber dari seorang rakan rapat Tasha sendiri yang kesal dengan tindakan aktres tersebut yang menjelaskan bahawa amukan itu berpunca dari tindakan artis tersebut yang mahu mencari dalang yang menabur fitnah terhadap dirinya.
Menurut rakan artis itu, disebabkan amukan Tasha tersebut, penggambaran drama yang sedang dijalankan terpaksa dihentikan dan semua pihak yang bekerja dalam produksi itu cuba memujuk dan menenangkannya.
Kata teman rapat pelakon itu lagi, Tasha agak jarang bermasalah di lokasi pergambaran, apatah lagi apabila
membintangi drama bersiri ekoran kerana jadual kerjanya yang sangat padat.
Tasha dalam kenyataan mempertahan diri dari terus dijadikan "bahan" fitnah menyedari bahawa tidak semua pihak sukakan dirinya, namun merayu supaya pihak tersebut "melepaskan" dia untuk bebas menjalankan tugas sebagai artis dengan tenang.
"Saya sedar saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang malahan saya juga sedar tidak semua sukakan saya. Sekali lagi berilah saya ruang," kata Tasha, merayu supaya fitnah tersebut dihentikan segera.