@muhd_akmal95 Mahu Rogol Nora Danish Beramai-Ramai

Pelakon jelita, Nora Danish menerima ancaman rogol dari salah seorang peminatnya yang dikenali sebagai "@muhd_akmal95" di laman sosial Instagramnya baru-baru ini.

Pengguna akaun "@muhd_akmal95" itu juga sempat mengajak pengikut-pengikut laman Instagram Nora Danih itu untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.

"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat lalu, sebagaimana yang dipetik dari laman Instagram tersebut.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik gambarnya membonceng sebuah skuter yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri.

Menurut Nora, Nedim "menyelamatkanya" dari kesesakan jalanraya di Jalan Tun Razak dan menghantar pelakon berstatus ibu tunggal itu ke rumahnya.

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."



Tindakan "heroic" Nedim itu tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan anak lelaki Menteri Pelancongan itu seorang lelaki yang romantis.

Bagaimanapun, @muhd_akmal95 pula tiba-tiba datang entah dari mana, memberikan beberapa komen berbaur lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.

Ekoran itu, tindakan @muhd_akmal95 itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan mengecam individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora yang berang terhadap pengguna Instagram itu meminta pelakon tersebut mengambil serius terhadap komen  @muhd_akmal95 kerana ia berbaur ancaman jahat dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Mereka meminta Nora mengambil tindakan tegas dengan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap  @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa yang dipetik dari laman Instagram milik Nora.

Bagaimanapun, Nora masih lagi belum memberi reaksi terhadap insiden di laman sosialnya itu. -KedahNews.com