Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat,
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada Presidennya, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang, supaya berada di bawah telunjuk kemahuan Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu kemelut dalaman tiga parti pembangkang itu.
Mujahid turut menggesa agar Abdul Hadil setuju untuk melantik isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya mahu terus menerajui parti berkenaan.
Mujahid turut menggesa agar Abdul Hadil setuju untuk melantik isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya mahu terus menerajui parti berkenaan.
Mujahid berkata, tindakan Abdul
Hadi tidak menyokong keputusan PR membuktikan dia mempunyai kelemahan untuk
mengekalkan kerjasama parti itu bersama PKR dan DAP dalam menangani isu
pemilihan Menteri Besar di Selangor.
"Apakah sebabnya? Adakah
kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah Presiden PAS terlalu
lemah," soalnya dipetik melalui Malaysia Insider.
Jelas Mujahid lagi, keputusan
Abdul Hadi amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju parti berkenaan
pada masa hadapan.
Menurut Ahli Parlimen Parit
Buntar itu, Abdul Hadi seharusnya membuat satu keputusan yang boleh menarik sokongan
masyarakat bukan Islam kerana ia akan mempengaruhi kepercayaan mereka terhadap
PAS dan terus mengundi parti berkenaan pada masa hadapan.
"Sehingga ahli membuat
penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan.
."PAS harus berhati-hati
agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya.
"Pengundi hari ini mengundi
atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan.
Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan
mengundi atas semangat PR.
"Baru setahun berlalu, dan
keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum,
dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya lagi.
Selain itu, dia mendakwa tindakan
Abdul Hadi menolak cadangan PR menunjukkan dia seolah-olah terpengaruh dengan
helah UMNO yang sengaja mengunakkan isu perkauman bagi menghancurkan kerjasama
parti itu dalam PR.
.
"Sememangnya permainan
sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi
kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang.
"Oleh itu, PAS dan ahlinya
harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor,
yang merupakan perangkap politik Umno," katanya.
Sementara itu, dia berharap semua
parti dalam PR termasuk PAS akan sentiasa bersabar dan tidak melakukan tindakan
terburu-buru bagi menangani sesuatu isu bagi mencapai matlamat PR menakluk
Putrajaya pada masa depan.
Tambah Mujahid lagi, PAS tidak
seharusnya terlalu mementingkan diri sendiri sahaja tetapi perlu melihat dari
satu sudut kepentingan dalam PR dan harapan rakyat terhadap kerjasama mereka
bagi mencapai matlamat dalam merubah kerajaan pada pilihan raya akan dating.
"Menghadiri muktamar kali
ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam
mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti.
"Ia juga tentang bagaimana
perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip
strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina
masa depan negara," ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor