Rasulullah SAW ceritakan pengalaman
saksi balasan dahsyat ketika peristiwa Israk Mikraj:
SAIDINA Ali berkata: "Saya
dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang
menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda
menangis, ya Rasulullah?"
Baginda SAW menjawab: "Pada
malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan
amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima
mereka."
Ali bertanya: "Apakah yang
ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada
perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan
digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke
dalam halkumnya (tekak).
"Aku lihat perempuan yang
digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan
ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali
perutnya sendiri.
"Aku lihat perempuan yang
telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada
api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana
penyakit kusta dan sopak.
"Aku lihat perempuan yang
kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular
masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya
dengan corong api neraka."
Fatimah pun bertanya kepada
ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah
kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"
Rasulullah menjawab:
"Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang
tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya
ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati
suaminya.
"Perempuan yang digantung
susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya.
Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa izin suaminya.
"Perempuan tidak mahu mandi
daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri,
juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
"Perempuan yang memotong
badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya
kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki
lain.
"Perempuan diikat kedua
kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya
kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
"Perempuan kepalanya seperti
babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan
rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci
suaminya.
Seterusnya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya
pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian
diikat di belakang tengkoknya."
Abu Bakar as-Sidik mengatakan,
aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan
lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."
Usamah bin Zaid menceritakan,
bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas
syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya
tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka
diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku
lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari
ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan
ahli neraka adalah perempuan."
Rasulullah SAW ditanya, mengapa
ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan
mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun
dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)
Sumber: Berita Harian