SHAH ALAM - Istana Selangor akan mengumumkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu selewat-lewatnya Isnin ini.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
"Istana (Selangor) akan umumkan siapa MB (menteri besar) baharu selewat-lewatnya Isnin ini.
"Bagaimanapun, ia (pengumuman itu) terpulang kepada perkenan Sultan Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat sama ada menerusi kenyataan akhbar atau sidang media.
Mohamad Munir juga berkata setakat ini, pihak istana tidak mengutus sebarang surat kepada bakal menteri besar Selangor berhubung perkara itu.
Pada Khamis, Istana Selangor mengesahkan Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.
Sebelum ini, beliau menyatakan nama menteri besar yang baharu akan hanya diketahui pada hari majlis angkat sumpah itu. -Mstar