Padah Bercinta Dengan Suami Orang...


Seorang wanita maut selepas terjatuh ketika bersembunyi di bahagian balkoni kediaman 'kekasih gelapnya' di Bangkok, semalam.

Menurut polis, wanita terbabit menjalin hubungan sulit dengan lelaki yang sudah beristeri.

Sewaktu kejadian, wanita itu berada di rumah kekasihnya apabila isteri lelaki berkenaan pulang secara mengejut.

“Sebelum itu lelaki berkenaan tinggal bersendirian di rumah kerana isterinya pulang ke kampung untuk bersalin,” katanya yang dipetik Mstar.com.my.

Namun dia membuat kemunculan mengejut selepas dimaklumkan oleh jiran bahawa ada wanita lain di rumah berkenaan.

Kepulangan di luar jangkaan itu mendorong wanita terbabit memanjat keluar dan bersembunyi di balkoni tetapi dia tergelincir dan jatuh lalu mati. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com