Pakatan Rakyat Akan Tewas Pada PRU14 - Kit Siang

lks (3)

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui Pakatan  Rakyat (PR) mungkin akan mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum akan sekiranya krisis dalaman di antara parti komponen dalam pakatan tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Kit Siang berkata, kerjasama di antara parti komponen dalam PR perlu segara dipulihkan bagi menarik balik kepercayaan rakyat menyokong pakatan pada pilihan raya akan datang.

Tegas Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah, apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Kecil di Teluk Intan dan Pengkalan Kubor sudah membuktikan rakyat sudah mula hilang kepercayaan untuk menyokong PR berikutan pelbagai krisis yang timbul di antara rakan parti dalam pakatan.

Justeru itu, Kit Siang menyarankan kepada pemimpin tertinggi dalam PR agar segera memulihkan kerjasama di antara rakan dalam pakatan sekiranya mahu meneruskan perjuangan meraka pada pilihan raya nanti.
mahu Pakatan Rakyat (PR) segera memulihkan hubungan di antara parti komponen sekirangnya b

Menurut Kit Siang lagi, jika keadaan ini berterusan tidak mustahil negeri Kelantan akan di ambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan PR akan kehilangan banyak kerusi di Perak.
“Di peringkat Parlimen, BN boleh memenangi lapan kerusi berbanding lima sekarang ini. Kerusi marginal Pakatan Rakyat seperti Kuala Krai, Pasir Puteh dan Bachok akan tumbang kepada BN,” ujarnya.

 “Pakatan Rakyat akan kehilangan kerusi Bukit Gantang, Sungai Siput, Beruas dan Kampar. Manakala di DUN, Pakatan Rakyat boleh kehilangan kerusi Kuala Sepetang, Changkat Jering, Sungai Rapat, Teja dan Hutan Melintang,” tambahnya,

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan krisis yang berlaku di dalam PR berpunca daripada tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengikari perjanjian konsensus (kerjasama) di Antara parti komponen dalam pakatan apabila enggan menerima cadangan bagi melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar di Selangor.

 “Namun prinsip konsensus ini telah tergugat apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan untuk menuruti konsensus yang telah dicapai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai dan 17 Ogos minggu lalu.


“Pakatan Rakyat mesti mengkaji bagaimana kerjasama boleh diteruskan. Saya cadangkan penubuhan jawatankuasa kerja yang terdiri daripada tiga atau empat wakil daripada parti komponen Pakatan Rakyat untuk mengkaji dan membuat cadangan,” ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor