PAS Bakal Tinggalkan PR, Sudah Lama Sabar - Pemuda PAS


Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin berkata, PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) apabila sampai masanya.

Khairil berkata, ini disebabkan parti Islam itu sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP.

“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya yang dipetik dari portal The Malaysian Insider.

Khairil juga berkata, PAS sepatutnya bersabar dengan "kedegilan" rakan-rakan sekutunya dalam PR.

“Biasanya yang buat... yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. PAS sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah,

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, Insya Allah,” tegasnya.

Beliau memberikan pandanga  kemelut Menteri Besar Selangor yang baru selesai dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaksikan pergeseran hebat di antara PAS dengan PKR dan DAP. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com