Peguam PAS Fitnah Dr Haron Din Al-Hafiz?

Photo: Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok..

Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi..

Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saja) ni adalah tuduhan yg sgt berat dan dahsyat..Timbalan Mursyidul Am Pas Ustaz Harun Din kena jawap secara segera sebab lawyer buruk Zulhazmi ni dah petik nama Ustaz Harun Din secara jelas dan terbuka..

Nampaknya..sekarang ni di mata ahli Pas..Anwar Abraham lebih mulia berbanding N.Aziz,Harun Din dan Hadi Awang..dunia akhir zaman ka..atau Pas sudah hampir tamat riwayat..jom takbirrrrrr!!!

#PasMaLebihColl


Ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia PasMa, Zulhazmi Sharif mendedahkan nama seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dikatakan terlibat dalam satu urusan melibatkan sebuah projek dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Dicabar beberapa pihak sebelum ini, Zulhazmi melalui akaun laman Facebooknya, "Zulhazmi Al-Takanan" mendedahkan bahawa AJK PAS Pusat yang dimaksudkan itu ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Menurut peguam PAS itu, Ustaz Haron terlibat dalam satu projek di Pantai Sentral, Bukit Kerinchi.

Zulhazmi turut menuduh Haron berjumpa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anuar bagi memujuk anak Ketua Pembangkang itu agar tidak membantah projek berkenaan yang akan dimajukan oleh sebuah syarikat.

Selain itu, Zulhazmi yang hanya mendapat 7 undi dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda PAS yang lalu itu turut mengaitkan menantu Timbalan Mursyidul Am PAS itu dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam projek tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor