Pelakon Yana Samsudin tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih
lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada
wajahnya.
Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, berkata, walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu, dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar.
"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.
"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya kepada mStar Online.
Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung.
Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah.
Sementara itu, Yana memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.
"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.
"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda.
"Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas.
"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Yana yang kini menjadi duta kepada produk kopi iaitu Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), bersama aktor Izzue Islam kini sibuk dengan promosi jelajah di seluruh negara.
Yana akan berehat daripada lakonan selama sebulan bagi memberi fokus kepada promosi tersebut. -Mstar