Sememangnya mencegah maksiat itu dituntut di dalam Islam. Di Malaysia, pihak kerajaan memberi kuasa pada pihak tertentu mencegah maksiat, khususnya di bawah jabatan-jabatan agama Islam yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan sesebuah negeri.
Selalunya, jika orang ramai mendapat maklumat mengenai kejadian maksiat, mereka akan melaporkan perkara tersebut pada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.
Namun kadang kala, wujud segelintir pihak yang merasakan mereka lebih "berkuasa" dan "berhikmah" dalam operasi mencegah jenayah.
Video di bawah begitu viral di laman media sosial, memaparkan "penguat kuasa" yang agaknya "terlebih tauliah" mencegah maksiat satu pasangan di dalam semak.
Dari loghat percakapannya, rasanya insiden ini berlaku di negeri Serambi Mekah, Kelantan, yang begitu terkenal dengan kepimpinan ulama.
Peliknya, "penguat kuasa" itu mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk "mencegah maksiat yang dilakukan pasangan tersebut. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu, bukan? Kenapa harus tunggu 2 jam sebelum mencegah?
Lebih buruk lagi, salah seorang "pencegah maksiat" itu merakam gambar pasangan itu yang digunting rambutnya sebelum dibogelkan.
Mengaibkan, mereka mendedahkan pula rakaman video yang dirakam itu di laman media sosial?
KedahNews.com menggesa supaya pihak berkuasa sebenar memandang berat kes ini, menyiasat dan memberi keadilan sebenar pada pasangan tersebut sekalipun mereka dikatakan melakukan maksiat.
Namun, pada kami pihak "pencegah maksiat" itu lebih buruk akhlaknya dengan menganiaya pasangan itu.
Pasangan itu mungkin boleh bertaubat kepada Allah SWT. Namun para "pencegah maksiat" itu pada kami, perlu meminta maaf pada pasangan tersebut kerana memalukan mereka di khalayak se-antero dunia.
Apa pula pandangan anda? -KedahNews.com

Post by Kedahnews.com.

Post by Kedahnews.com.