Diva terkenal Malaysia, Azwan Ali di dalam laman sosial twitternya petang kelmarin telah memuatnaik status bahawa dia adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN).
Pengakuan tersebut dilakukan Azwan setelah "diva" itu diasak berhubung abangnya, Azmin Ali yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menerusi laman sosial Twitter miliknya setelah di “throll” dan diusik penyokong BN baru-baru ini.
"Salam, ingat semua? Diva Azwan Ali sokong parti mana? BN! Ko paham tak samdol?" Berikut adalah kata-kata Azwan di Twitternya.
Terdahulu, Azwan sebelum ini menyokong penuh abangnya supaya dipilih sebagai MB dan pernah mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan kelayakan Azmin sebagai ketua.
Malah, Anwar dan PKR sebelum itu dilaporkan tidak merestui Azmin sekiranya beliau terpilih sebagai MB bagi memberi ruang kepada isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun, Anwar, isterinya dan PKR telah membuat "pusingan U" setelah Azmin menerima surat perlantikan MB sehari sebelum mengangkat sumpah bagi menjawat jawatan yang pada asalnya cuba diatur untuk diberikan kepada Ketua Umum PKR tersebut melalui gerakan "Langkah Kajang".
Namun begitu, Azwan dan adik bongsunya, Ummi Hafilda sering mencetuskan kontroversi berhubung Azmin yang disifatkan mereka lebih mementingkan karier politiknya berbanding keluarga.
Dengan pengakuan Azwan sebagai penyokong tegar BN itu, diharapkan para pengguna laman sosial yang mengusiknya sebelum ini meredakan “throll” mereka terhadap “Diva” bermulut lazer itu. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com