GEORGETOWN - Lima premis memproses makanan diarah tutup selama dua
minggu oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana didapati gagal
mematuhi peraturan kebersihan dalam Ops Bersih 2014 semalam.
Premis terbabit masing masing terletak di daerah berlainan iaitu tiga di Seberang Perai Tengah, dan dua lagi, masing-masing di Seberang Perai Utara dan Timur Laut.
Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Pulau Pinang, Ku Nafisah Ku Ariffin berkata, operasi berkenaan dilakukan bersama pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai di kelima lima daerah.
“Kita mendapati premis makanan ini tidak mengamalkan aspek kerbersihan yang sepatutnya, dua daripada premis yang diperiksa terdapat hurungan najis tikus dan kucing di kawasan memproses makanan serta barang yang digunakan diletakkan bersebelahan dengan tandas.
“Kehadiran tikus boleh mengundang pelbagai jenis penyakit malah pengabaian kebersihan juga boleh menyebabkan makanan yang diproses akan tercemar dan mengundang risiko yang tinggi terhadap pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Dalam operasi itu juga, tiga notis perintah hadir ke mahkamah atau tawaran kompaun telah dikeluarkan kepada dua pemilik premis di Seberang Perai Selatan iaitu satu notis dibawah Peraturan 8 atas kesalahan tidak mempamer perakuan pendaftaran di premis dan satu notis bawah peraturan 11 (1) (b) menggaji pekerja yang tiada suntikan.
Katanya, satu notis di bawah Perkara 32 dikeluarkan kepada pemilik premis di Seberang Perai Tengah atas kesalahan tidak mematuhi kehendak pakaian pengendali makanan.
“Operasi seperti ini akan terus dilaksanakan dua kali seminggu untuk memperkasakan lagi program unit keselamatan dan kualiti makanan.
“Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan premis makanan di negeri ini dalam usaha untuk menjadikan premis di negeri ini sebagai premis yang bersih,” katanya. -Sinar Harian