PETALING JAYA – Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya
(UM), Azmi Sharom dijangka didakwa atas Akta Hasutan pada Selasa
berhubung komennya yang dibuat di sebuah portal mengenai krisis Perak
2009.
Beliau dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan 4(1)(b) di bawah Akta Hasutan 1948.
Di bawah seksyen itu, mereka yang mengeluarkan sebarang perkataan
berbaur hasutan akan berhadapan dengan denda tidak lebih RM5,000,
penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya
didapati bersalah.
Azmi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan beliau akan didakwa kerana mengeluarkan kenyataan itu. – mStar Online