Penyokong BN Dikecam Gara-Gara Hina Sesama Islam Di Facebook

Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dipercayai salah seorang penyokong Barisan Nasional (BN) dikecam oleh rakan-rakan penyokong BN yang lain ekoran tindakannya memuat naik status menghina jenazah Allahyarham Ustaz Mohd Lotfi Ariffin.

Pengguna Facebook yang menggunakan akaun Shariman Immortal Omar memuat naik gambar arwah Mohd Lotfi yang gugur di medan tempur di Syria dengan kapsyen seolah-olah menganggap jenazah bekas tahanan ISA itu bagaikan "haiwan" yang sedang diseksa.

"Pengganas Ulama PAS mapuh macam haiwan duk kena seksa jah. Hahaha!!!", tulis Shariman, tanpa memikirkan kesan, dosa atau pahala di laman sosial.

Ekoran sikap yang bagaikan "bertuhankan politik" dan meletakkan akhlak yang dianjurkan Islam "di bawah kaki", Shariman dikecam beberapa penyokong BN yang lain.

"Aku pon sokong juga BN tapi takla sampai nak menghina sesama Islam. Tak sangka orang kkm perangai macam ni. Orang cari kau mamposlah," kata Mohd Farizal Md Amin.

Selain itu, seorang pengguna laman Facebook turut memohon agar Shariman diberikan hidayah oleh Allah SWT atas keceluparan tersebut.

"Semoga Shariman mendapat hidayah..," kata Yakob Abdullah, kesal dengan kelakuan Shariman.

KedahNews.com memandang berat mengenai insiden seperti ini ekoran segelintir pihak yang begitu taksub pada sentimen politik kepartian sehingga sanggup mengenepikan ajaran Islam yang pernah disampaikan Rasulullah SAW.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu itu berhak untuk menyokong mana-mana parti yang mereka suka. Namun apa pun sokongan tersebut, rasanya tidak wajar jika lebih "berkiblatkan" perkara lain melebihi Islam sebagai sumber rujukan utama.

Bayangkan jika sikap segelintir umat Islam sebegitu dilihat oleh golongan bukan Islam. Apakah pula yang akan terbayang oleh mereka terhadap Islam? Apakah sikap begitu yang dianjurkan Islam? Wallahu'alam. -KedahNews.com