Perihal Kontrak Perpisahan Adik Shahril Hakimi Dan Nor Suhaila!


Pertama kali KedahNews.com membaca kandungan "kontrak perpisahan" di antara adik Shahril Hakimi dengan adik Nor Suhaila di atas, ketawa kami berderai hingga ada yang mengalirkan air mata...

Sungguh kami tidak sangka, adik-adik di zaman ini begitu "sofistikated" dan "advance" dalam hal ehwal dunia percintaan sehingga terfikir untuk memutuskan hubungan secara kontrak bertulis!
 
Lebih menggaru buah pinggang kami, kontrak berkenaan lengkap dengan ruang untuk menandatangani kontrak berkenaan, termasuk dimasukkan ruang tanda tangan saksi bagi mengesahkan kontrak "perpisahan" itu.

Jika difikirkan dari sudut golongan dewasa, kaedah ini mungkin berkesan untuk diamalkan. Bukan apa, kalau terjadi apa-apa nanti yang melanggar kontrak boleh juga dibawa naik mahkamah!

Namun, KedahNews.com perlu mengingatkan adik-adik kita itu bahawa ibu dan ayah mereka bekerja keras mencari rezeki bagi memastikan mereka menimba ilmu serta mendapat pendidikan terbaik di sekolah, bukannya bercinta secara kontrak...

Dengan kontrak seperti tertulis di bawah ini, pasti adik-adik ini akan ketawa berdekah-dekah mentertawakan diri sendiri apabila mengenangkan perangai mereka apabila dewasa dan beranak cucu nanti, bukan?
"Dengan ini, saya Siti Norsuhaila Binti Mohamad ingin melepaskan Shahril Hakimi kepada Farah Nasuha. Ini adalah kerana mereka saling mencintai dan saya sudah memiliki orang lain yang lebih baik daripada Hakimi. Dan saya tidak mencintai Hakimi lagi,"
Kepada sesiapa yang kenal pada adik-adik kita ini, harapan kami agar kalian memberikan nasihat yang berhikmah kepada mereka dan janganlah marah-marah pada adik-adik kita yang "genius" ini.

KedahNews.com yakin, dengan ke"genius"an adik-adik kita ini, mereka berpotensi untuk maju ke depan untuk menjadi pakar undang-undang, peguam, hakim atau penasihat undang-undang pada masa yang akan datang. Semoga Berjaya! -KedahNews.com