Kulaijaya – Timbalan Mursyidul Am
PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan kaedah bagi memilih ketua kerajaan haruslah
mengikut syarak sepertimana dilakukan dalam Islam dalam melantik seorang imam.
Haron berkata, kaedah tersebut
harus dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melantik Menteri Besar Selangor
bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kalau dalam amalan solat
ada kaedahnya tentang siapa yang patut dan wajib menjadi imam, dan itu berlaku
terus menerus dalam hidup kita dan dalam politik.
"Maka dalam perjuangan, kena
kenali, kena hayati siapa yang patut menjadi ketua, dan dipertahankan ketua
itu... siapa yang patut menjadi ketua kerajaan, siapa patut menjadi MB,
sepatutnya semua maklum," katanya dipetik Sinar Harian dalam ucapan
perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas kali ke-53 di IOI Palm Villa Country Resort,
di sini, semalam.
Merujuk kepada laporan sebelum
ini, Majlis Syura Ulama PAS telah menolak perlantikan Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Datuk seri Dr wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar
Selangor atas alasan isteri kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
itu tidak mempunyai kelayakan untuk menerajui kerajaan negeri berkenaan.
Sebelum ini juga, Majlis Syura
Ulama Pas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai calon menteri besar atas dasar pemimpin itu dikatakan tiada kelayakan
dan pengalaman cukup bagi memikul amanah berkenaan.
Sementara itu, Haron juga
menyifatkan Dewan Ulama PAS merupakan sebuah tonggak parti bagi mengukuhkan
serta menguatkan perjuangan parti itu dalam memartabatkan agama Islam.
Menurutnya lagi, terdapat
segelintir ahli PAS gagal menghayati matlamat perjuangan parti walaupun barisan
teringgi dalam PAS sentiasa mengikuti tarbiyah parti.
"Ada yang kecundang di
tengah jalan...ada pula luruh binasa...ada juga meninggalkan perjuangan dan
lebih teruk ada yang mengkhianati perjuangan Pas," ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor