Pramugari "Terlampau" Cetus Kerisauan Wanita Malaysia?

Mungkin Vietnam bukan merupakan sebuah negara yang berteraskan Islam, sebuah syarikat penerbangan di negara itu tergamak mengekspoitasi gadis-gadis cantik sebagai pramugari syarikat itu dengan hanya memakai bikini untuk menarik minat pelanggan.

Syarikat penerbangan tambang murah di negara tersebut, VietJet Air,  menjadi bualan hangat di seluruh dunia ekoran tersebarnya gambar pakaian menjolok mata yang dikenakan oleh pramugari mereka.
 
Menurut sumber, gambar-gambar tersebut sebenarnya adalah satu bentuk kempen yang dijalankan oleh syarikat itu.

Dalam pemerhatian kamu, dengan hanya memakai bikini begitu, sudah tentu mampu menarik ramai orang untuk menempah tiket pesawat itu terutamanya bagi kaum lelaki bermata keranjang.

KedahNews.com menjangkakan tindakan syarikat tersebut bakal membuat ramai isteri dan wanita di Malaysia yang khuatir sekiranya suami, tunang atau teman lelaki mereka terbang ke Vietnam, risau terserempak dengan pramugari VietJet Air yang "terlampau" itu.

Berikut adalah beberapa keping gambar pramugari "terlampau" VietJet Air sebagaimana yang dimaksudkan: -KedahNews.com