#PRKPengkalanKubor: Hadi Awang Dakwa PAS "Suci" Di Kelantan?


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan telah mencaci UMNO di suatu ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan mengatakan anggota parti Barisan Nasional (BN) boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka kerana Umno memisahkan agama dan politik.

Hadi berkata, kerajaan PAS Kelantan tidak melakukan perkara yang salah dan mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan agama Islam di negara ini yang tidak memisahkan antara agama dan politik.

Selain itu, Hadi turut menyatakan bahawa kejayaan PAS memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun adalah kerana parti itu pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan disamping tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala.

"Inilah rahsianya, (pemimpin PAS) tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi," katanya yang dipetik dari Mstar.com.my.

Pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN Mat Razi Mat Ail, 48, akan menenta calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47 akan berlangsung pada PRK DUN Pengkalan Kubor. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com