Pengerusi Bada Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed tampil menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan telah 'menganaktirikan' negeri Kelantan sepertimana yang digembar-gembur oleh parti pembangkang sebagai bahan kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.
Mustapa yang juga merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya BN, menegaskan bahawa Kerajaan Pusat telah menjadikan Kelantan sebagai 'anak emas' yang sering mendapat tempat pentadbiran.
"Kita sudah buat banyak pembangunan di Kelantan...kata kita zalim, rakyat Kelantan ditindas ini adalah fitnah semata-mata,
"Daripada defisit belanja mengurus tidak cukup biayai belanja mengurus dan belanjanya dibiayai oleh Kerajaan Pusat RM590 juta dalam tempoh lapan tahun,
"Kerjaaan Pusat dengan hati terbuka membantu, kalau dia kata kita zalim... Kita sekat tidak benar kita tidak berilah wang tersebut,tahun lepas misalnya RM86 juta kita berikan untuk menampung defisit belanja mengurus Kelantan,
"...Malah dalam beberapa hal Kelantan adalah 'anak emas' ini termasuklah kesedian kerajaan pusat untuk mebiayai defisit belanja mengurus itu, kita nyatakan ini bukan untuk takbur tetapi untuk maklumkan kerajaan pusat sentiasa bersama rakyat kelantan," katanya yang dipetik dari Sinarharian.com.my.
Dalam pada itu, Mohamed menggesa kesemua jentera melipat gandakan kempen bagi menghadapi hari-hari terakhir sebelum pengundian dan sabar dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com