#PRKPengkalanKubor : Mustafa Ali VS Saifuddin Nasution


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan membuat ketetapan bersedia beri laluan kepada PAS untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata perkara itu bagaimanapun memerlukan persetujuan pimpinan tertinggi dalam pakatan pembangkang.

Pada awal September sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menegaskan bahawa partinya tidak akan menyerahkan DUN Pengkalan Kubor kepada PAS.

Kata Saifuddin,  PKR Kelantan telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat supaya parti itu tetap terus bertanding di kerusi DUN Pengkalan Kubor dan menolak sebarang tindakan untuk mengambil alih kuota kerusi tersebut dari PKR.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. -KedahNews.com