KUALA NERANG - Sebuah keluarga di Kampung Baru, Mukim Tualak, dekat sini
tinggal dalam keadaan bergelap dan menggunakan pelita hampir 10 tahun
berikutan tidak mampu membiayai perbelanjaan memasang bekalan elektrik serta air di rumah mereka.
Nor Azizan Ismail, 33, berkata, dia tinggal bersama isterinya, Anisah Rafzan, 39, dan tiga anak mereka yang berusia antara 13 hari hingga 12 tahun.
Menurutnya, dia hanya berniaga sayur-sayuran kampung secara kecil-kecilan di pasar Jitra dengan pendapatan sebanyak RM700 sebulan.
"Di dalam rumah seluas tiga meter lebar dan empat meter panjang inilah kami dapat berteduh tanpa bilik bagi menjalani kehidupan seharian.
"Setiap malam kami hanya guna pelita saja dan sudah pasti timbulkan masalah terutamanya buat anak saya, Mohd Irfan dan Fatimah Azzara yang mahu membaca buku. Malah, saya juga kasihan dengan anak kecil saya yang baru lahir," katanya yang turut bercucuk tanam bagi menambah pendapatan keluarganya itu.
Nor Azizan berkata, bagi memberi keselesaan kepada isteri dan anaknya itu, dia terpaksa menghantar mereka ke rumah ibunya di Kampung Bendang Raja sehingga isterinya itu sihat.
"Keluarga kami memerlukan kos sebanyak RM3,000 bagi memasang elektrik dan air untuk kegunaan di rumah ini. Sebelum ini pihak Felcra turut datang bagi membina rumah kami yang roboh kerana dimakan anai-anai.
“Saya dan isteri dah buat maca-macam kerja tapi masih tak mampu untuk menyimpannya kerana turut membiayai perbelanjaan sekolah anak,” katanya.
Sementara itu, Anisah berkata, memang dia tidak selesa dengan keadaan rumahnya yang kecil dan tidak mempunyai bilik untuk tidur serta menukar pakaian.
"Di situlah tempat kami berehat dan di situ jugalah tempat kami memasak dan tidur sekeluarga. Memang saya malu kerana rumah kami tak ada bilik seperti rumah orang lain tetapi apakan daya pendapatan suami yang terhad menghalang untuk kami membinanya.
"Saya berharap ada pihak simpati dan dapat membantu kami bagi membiayai pemasangan elektrik serta air untuk kemudahan kami sekeluarga,” katanya.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya di akaun Bank Simpanan Nasional 02113-29-00002258-1. -Sinar Harian