Rakyat Malaysia Kecam Tindakan Pengecut Blogger Porno

Blogger seks Alvin Tan (kedua dari kanan) yang melarikan diri ke Amerika Syarikat baru-baru ini dikecam pegguna media sosial kerana tidak menghadapi tindakan undang-undang di Malaysia.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.

Tindakan Alvin Tan dan bekas kekasihnya Vivian Lee melarikan diri dengan mendapatkan perlindungan daripada kerajaan di Amerika Syarikat mendapat kecaman hebat daripada para pengguna di laman sosial.

Kebanyakkan pengguna laman sosial mencabar blogger seks itu agar kembali ke Malaysia bagi menjalankan proses perbicaraan sekiranya dia benar-benar berani seperti dalam penulisannya di dalam blog.

Dalam satu temubual Alvin bersama Malaysia Insider, dia  menyifatkan tindakannya melarikan diri dari Malaysia adalah satu perkara yang wajar serta melabelkan kerajaan di Malaysia sebuah kerajaan yang zalim dan tidak adil.

Menerusi satu kenyataan pengguna laman sosial Facebook (FB) Josh Wu, dia menyifat Alvin seorang yang pengecut apabila lari ke luar negera selepas melakukan kesalahan jenayah di negara ini.

"Sebab dia 'tidak suka Malaysia' kerana dia didakwa atas jenayah dengan undang-undang Malaysia. Pendapat saya, dia perlu dihukum kerana tindakan jijiknya yang lepas," tulis Josh Wu di laman Facebooknya.

Tambah Josh Wu lagi, tindakan Alvin memperdayakan Mahkamah Malaysia selepas diberi kebenaran untuk pergi ke Singapura sebelum melarikan diri ke Amerika Syarikat merupakan satu perkara yang tidak boleh dimaafkan.

"Dia mengaku secara terbuka memperdayakan mahkamah dan melarikan diri ke AS selepas mahkamah Malaysia dengan baik hati membenarkannya pergi ke Singapura untuk merakamkan filem.

"Undang-undang tidak sepatutnya melindungi mereka yang menyalahgunakannya. Mereka yang mencari ekuiti perlu menunjukkan ekuiti," Katanya lagi.

Seorang lagi pengguna FB, Eugene Leong menyelar perbuatan Alvin memuatkan kenyataan di laman FB berhubung ucapannya pada Ramadhan lalu yang menyebabkan dia didakwa oleh mahkamah.


"Memang ia sesuatu yang bodoh untuk dilakukan. Ya, memang dia dihukum mahkamah. Ya, dia larikan diri daripada Malaysia dengan alasan.

"Tetapi apa yang saya ingin tahu ialah apa yang dirasakannya sekarang, selepas mengetahui ibunya kehilangan wang ikat jamin RM20,000 apabila dia melarikan diri, daripada mempertahankan diri di mahkamah!" tulis Leong lagi.

Sementara itu, Alvin menegaskan tindakanya melarikan diri ke Amerika Syarikat adalah satu perkara yang bijak dan menuduh kerajaan Malaysia menggunakan kuasa mereka mengikut agama Islam bagi mentadbir kehidupan seluruh rakyat walaupun tidak semua penduduk menganut agama tersebut.

"Apabila kerajaan dan institusinya merosakkan hidup anda dan meletakkan anda di penjara hanya kerana anda menyinggung perasaan mereka, anda tidak akan biarkan tekanan emosi yang berat itu jatuh kepada anda," katanya dalam temubual tersebut.

Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa ke mahkamah atas tuduhan menghasut apabila mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam pada Ramadhan tahun lalu.

Sebelum ini, kedua pasangan ini telah dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 seorang oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai lepas. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor