Rayu Cari Gadis Cantik Yang Hilang... @ZahidaZarik #PuteriUMNO


Orang ramai dirayu supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya memiliki maklumat mengenai kedudukan terkini seorang gadis cantik, Norfarahin Matsin, 18, yang dilaporkan hilang sejak 31 Ogos, baru-baru ini.

Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan, menerusi laman sosial Twitter dan Facebook turut memohon agar seluruh warga Malaysia yang prihatin agar sama-sama membantu mencari gadis yang hilang di Tawau, Sabah, itu.

Zahida Zarik Khan dalam kempen sokongan Gaza
Zahida juga telah memuat naik gambar gadis tersebut di akaun laman Twitter dan Facebook miliknya dalam usaha menyampaikan maklumat berkenaan gadis tersebut dan memohon agar semua pihak menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Norfarahin.

Sesiapa saja yang punya maklumat berkenaan gadis itu diharap dapat menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. -KedahNews.com