Rokok Dunhill Turun Kepada Harga Asal Berkuatkuasa Serta-Merta


British American Tobacco (Malaysia) Bhd (BAT) mengumumkan bahawa harga semua jenama rokok keluarannya akan dikaji semula untuk pra-kenaikan harga berkuatkuasa hari ini.

Dua minggu sebelum ini, kumpulan tersebut mengumumkan kenaikan harga rokok sebanyak RM 1 bagi rokok keluarannya, lapor portal Malaysian Insider.

Berikut adalah harga terbaru rokok keluaran BAT berkuatkuasa hari ini, 22 September 2014:


Pengarah Urusan BAT, Stefano Clini berkata, keputusan untuk kembali ke harga sebelum 8 September dibuat untuk kekal berdaya saing dalam sektor ini.

Kenaikan sebanyak RM 1 sebelum ini telah dipenuhi dengan ulasan negetif dari penganalisis. 

Selain itu, BAT juga mengatakan kenaikan harga sebelum ini adalah kerana harga semasa tidak boleh mengimbangi sepenuhnya degan kos operasi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com