Mewah! |
MENURUT syarikat
pengembaraan dan teknologi Teague, imej-imej yang dipaparkan ini tidak
lama lagi akan menjadi realiti bagi membantu pasukan bola sepak
mengembara ke seluruh dunia dengan gaya mewah.
Pemain-pemain
Brazil dilihat terbang sehingga 8,000 batu di udara semasa cuti selama
dua minggu, tetapi kebimbangan pengurus kelab adalah mengenai kesan
kepada penerbangan yang sukar buat mereka selepas menempuhi perlawanan
sebelum itu.
Dengan
kerjasama Nike, Teague mengemukakan satu idea revolusi bagi membantu
para atlit mengekalkan prestasi dengan membuat rekaan dalaman sebuah
pesawat baharu.
Para
pemain boleh berehat dan memulihkan diri selepas pulang dari permainan
dengan tempat duduk baring-rata yang bersesuaian dengan para atlet, dan
ruang lengan yang selesa untuk merehatkan otot-otot sepanjang
penerbangan.
Ujian dan analisis biometrik turut boleh didapati sepanjang penerbangan.
Kerusi yang boleh dibaringkan secara rata direka sesuai untuk golongan atlet.
Terdapat ruang untuk para pemain menerima urutan semasa penerbangan.
Malangnya, ia tidak direka sebelum pasukan England terbang ke Brazil untuk Piala Dunia. - Eurosport