Rupanya Hanya Gimik Saja, Kenapa Cepat Melatah?

"Penyingkiran" pelawak Jihan Muse sebagai pengacara bersama Zizan Razak di dalam Akademik Fantasia (AF2014) pada malam Ahad lalu hanyalah satu gimik.

Jihan mengatakan bahawa, dia sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh pihak produksi untuk berlakon seolah-olah dia tidak tahu mengenai penyingkirannya malam itu.

"Sebenarnya ia hanya salah satu gimik sahaja, dan saya sengaja kelihatan terkejut dengan penyingkiran itu. Sedangkan saya sudah pun sedia maklum tugas saya untuk pengacara konsert AF 2014 hanya pada malam itu sahaja," akuinya.

"Saya gembira kerana gimik itu menjadi dan saya tidak menyangkakannya. Sedangkan komitmen utama saya di AF 2014 adalah untuk mengendalikan episod Diari AF 2014 sahaja," jelasnya lagi.

Jihan juga menyatakan, bahawa memang konsert AF sentiasa mahu berikan kejutan pada setiap minggu.

Malah, Jihan ada meluahkan perasaannya yang gembira dan teruja apabila diberi peluang mengacarakan konsert pada malam tersebut walaupun dia agak gugup kerana pertama kali mengacara konsert Akademi Fantasia itu.

Konsert AF 2014 malam Ahad lalu telah membuat kejutan apabila mengeluarkan Jihan Raja Lawak dan digantikan dengan Faizal Ismail untuk mengacara AF musim ini.

Tindakan tersebut telah menjadi viral di laman sosial terutama Instagram apabila ramai peminat AF mengkritik stesen tv Astro dan AF kerana bertindak seperti itu, kerana rata-rata penonton lebih meminati Jihan dan Zizan mengendalikan AF berbanding Faizal Ismail. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com