Sanggup Serkup Kepala Dengan Seluar Dalam Beramai-Ramai!

Demi menyembunyikan identiti masing-masing, beberapa suspek anggota dan pegawai kastam yang ditahan reman atas dakwaan rasuah baru-baru ini tergamak menyarung seluar dalam di kepala masing-masing supaya tidak dikenali.

Tindakan tersebut telah mengejutkan ramai pihak di mahkamah yang kemudiannya ketawa terbahak-bahak atas usaha "desperado" suspek-suspek berkenaan.

Dipercayai bahawa suspek-suspek tersebut risau sekiranya wajah mereka dapat dirakan lensa juru-jurugambar media yang berada di sekitar mahkamah tersebut.

Menurut etika kewartawanan, wajah-wajah suspek yang ditahan reman tidak akan didedahkan di khalayak umum.

Jadi, suspek-suspek berkenaan yang ditahan reman tidak perlu khuatir tentang wajah mereka disebar melalui media sehingga sanggup memalukan diri sendiri dengan adegan yang akan lebih memalukan diri sendiri.

Perkembangan kes tersebut menyaksikan 15 anggota dan pegawai Kastam DiRaja Malaysia termasuk seorang bergelar Datuk dilanjutkan tahanan reman selama 5 hari lagi bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat atas aktiviti penyeludupan arak dan rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam sehingga menyebabkan negara kerugian bernilai RM4 bilion. -KedahNews.com