Penyanyi dan pengacara, Alif Satar dengan pasangannya Sha Dila Halid akhirnya sah bergelar suami isteri setelah lebih 4 tahun menjalin hubungan cinta bersama.
Dengan sekali lafaz sahaja, Alif Satar dan Sha Dila telah selamat diijabkabulkan kira-kira jam 11.40 pagi tadi dalam satu majlis tertutup di Dewan Perdana Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Halid Mohamad iaitu bapa pengantin perempuan telah menjadi wali sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood.
Dalam majlis yang sama, Alif Satar turut memberi wang hantaran sebanyak RM19,000, 5 dulang hantaran dan mas kahwin bernilai RM 80. Sementara itu, pihak pengantin perempuan pula membalas dengan 7 dulang hantaran.
Nampaknya memang terserlah seri pengantin di raut wajah kedua-dua mempelai. Sememangnya pasangan ini nampak serasi dan sama padan.
Untuk makluman semua, majlis resespi mereka akan diadakan pada 20 September ini di Marina, Putrajaya.
Antara selebriti yang hadir ke majlis pernikahan tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami.