Seorang lagi anggota kumpulan
Ladies Code iaitu Rise disahkan meninggal dunia semalam selepas 4 hari koma akibat kecederaan parah dibahagian kepala.
Rise turut terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang sebelum ini yang meragut nyawa rakannya, EunB.
Rise turut terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang sebelum ini yang meragut nyawa rakannya, EunB.
Menurut laporan, Rise, 23, gagal
bertahan ketika mendapat rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul
10.10 pagi waktu Korea Selatan, semalam.
Sebelum ini,peminat kumpulan Ladies
Code dikejutkan dengan berita kemalangan menimpa 5 orang ahli kumpulan tersebut yang
mengakibatkan EunB mati ditempat kejadian.
Dalam kemalangan tersebut, EunB dan
pemandu kenderaan dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian sementara 4
rakan mengalami cedera parah.
"Biarpun sudah menjalani
pembedahan namun kecederaan serius pada bahagian kepala Rise membuatkan dia
tidak dapat bertahan.
"Dia menghembuskan nafasnya
yang terakhir pagi tadi," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu dipetik Mstar.
Sumber melaporkan ketika Rise
menghembuskan nafasnya yang terakhir kesemua ahli keluarga penyanyi itu berada
disampingnya.
Pihak pengurusan Rise enggan
mengesahkan lokasi pengebumian penyanyi itu yang akan dilakukan nanti.
"Kami kehilangan dua anggota
Ladies Code dan ia masa yang sukar buat kami," katanya lagi. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor