Setiap Hari Terdapat 1 Kes Bunuh Diri Dalam Tempoh 40 Saat



Geneve – Satu kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati kejadian bunuh diri berlaku setiap 40 saat dengan warga emas adalah jumlah yang teringgi.

Menerusi sumber PBB lagi, kejadian bunuh diri mencatat jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding korban akibat perang dan bencana alam bagi tempoh setahun.

Merujuk kepada laporan pertama  dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) PBB, kejadian bunuh diri dilaporkan meningkat disebabkan oleh media yang kerap kali memaparkan tindakan beberapa selebriti membunuh diri menyebabkan kes seperti itu mula menjadi ikutan kepada orang ramai.

Pengarah Jabatan Kesihatan Mental WHO, Shekhar Saxena berkata, fenomena tersebut merupakan satu masalah yang semakin serius dan perlu ditangani segera.

"Ada 1.5 juta kematian keganasan setiap tahun di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, 800,000 disebabkan bunuh diri," katanya.

Menurut Saxena lagi, daripada kajian menunjukkan kawasan tengah dan timur eropah termasuk Asia merupakan kawasan paling tinggi mencatat kes bunuh diri.


"Di seluruh dunia, kadar bunuh diri adalah bagi individu berusia 70 tahun dan ke atas tetapi di sesetengah negara, kadar tertinggi dicatat golongan muda," tambahnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor