Siaplah Siapa Pasang Aksesori Lampu Tambahan, JPJ Akan Dikompaun RM300!


Peraturan baru lampu kereta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2014. 

Bermula pada tarikh berkuatkuasa, pihak JPJ tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan. 

Pihak JPJ memutuskan untuk menguatkuasakan peraturan baru ini kerana mendapati pemasangan lampu aksesori tambahan adalah antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. 

Pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.


Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ
  • Pemasangan lampu HID secara retrofit.
  • Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
  • Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.

Tarikh Berkuatkuasa: Mulai 1 Oktober 2014

Kadar Kompaun Saman: Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan

Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com