Penyelarasnya, Abdullah Muhammad Mohd Arshad berkata, pelbagai medium
boleh digunakan untuk membantu penduduk Gaza yang berdepan saat getir
termasuk menghantar bantuan kemanusiaan mahupun bekalan makanan.
Tetapi, bagi mereka, futsal dijadikan medium, namun dana yang dikumpul adalah lebih diutamakan demi membantu Gaza.
“Bagi menarik golongan muda untuk sama-sama menghayati perjuangan
Palestin dan membantu rakyat Gaza, kami bersetuju menganjurkan futsal
demi menambah dana untuk disumbangkan kepada rakyat negara itu.
“Kita tahu dah bermacam-macam pendekatan diambil pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), tetapi kita punya cara berbeza iaitu melalui aktiviti riadah,” katanya.
“Kita tahu dah bermacam-macam pendekatan diambil pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), tetapi kita punya cara berbeza iaitu melalui aktiviti riadah,” katanya.
Beliau berkata, selalunya ada pihak datang ke gelanggang futsal untuk
membuat tempahan dengan bayaran tertentu, namun kali ini, mereka
mengajak orang ramai turut serta menyertai pasukan demi projek amal yang
kali pertama diadakan itu.
Katanya, lebih membanggakan, pasukan dari bangsa Cina turut serta bermain bermatlamat membantu rakyat Gaza.
Menurutnya, platform itu juga memberi peluang generasi muda untuk melakukan aktiviti amal secara tidak langsung.
Menurutnya, platform itu juga memberi peluang generasi muda untuk melakukan aktiviti amal secara tidak langsung.
“Kita juga berterima kasih kepada semua pihak termasuk Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, pihak tajaan, penyumbang dan
semua yang terlibat dalam menjayakannya,” katanya.
Menurutnya, johan menerima hadiah tunai RM1,200 berserta mafela dan baju T manakala tempat kedua, ketiga dan keempat memenangi tunai RM800, RM500 dan RM300 berserta cenderahati masing-masing.
Beliau bagaimanapun berpuas hati apabila program amal tersebut yang diadakan di SMC Futsal Center berjalan lancar bermula 9 pagi hingga 4 petang.