Jika sebelum ini aktres, Rebecca Nur Islam, pernah dikritik berpakaian sendat dan menjolok mata sehingga mempamerkan bentuk bahagian yang tidak sepatutnya berkonsep watak kartun kanak-kanak, Teletubbies.
Ramai peminat menjangkakan Rebecca akan serik setelah dikritik hebat ramai pihak membabitkan etika pemakaian berhijab dan konsep menutup aurat menurut Islam.
Namun malang, jangkaan itu meleset dan kali ini ia seolah-olah telah berulang lagi.
Kali ini pakaian Rebecca dikritik lagi semuanya gara-gara sekeping foto yang dimuat naik ke laman sosial Instagram yang menampakan pelakon ini sekali lagi berpakaian sendat apabila mengenakan legging.
Ramai daripada peminat dan pengikutnya kurang senang dengan pakaian Rebecca itu dan terus memberikan komen-komen negatif sekaligus mengkritik.
Walaupun akaun Instagramnya adalah “private”, para pengikut yang sedia ada masih lagi mampu melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Rebecca "Cahaya Islam" itu.
Memang benar Rebecca sebelum ini memang terkenal dengan imej seksinya, namun apabila membuat keputusan untuk berhijab, tahap keseksian tersebut diharap para peminat supaya tidak lagi diamalkan.
Namun harapan itu mungkin tinggal harapan sahaja.
Rebecca tetap dengan imejnya yang seksi dan berpakaian ketat walaupun dia sudah berhijab.