Seorang penggemar sushidari China berhadapan dengan satu keadaan yang menggerunkan apabila dia mendapati bahagian dalaman badannya telah dipenuhi dengan cacing pita.
Menurut laporan Afp.com, kerana memakan terlalu banyak sushi jenis sashami, kepingan ikan mentah.
Doktor percaya bahawa sushi yang dimakan oleh lelaki itu telah tercemar dan kini sedang dirawat di hospital di Guandong.
Kajian kesihatan mendapati memakan kepingan daging mentah atau separa masak boleh mendatangkan jangkitan pelbagai parasit berbahaya kepada manusia.
Dalam kes lelaki diatas, jangkitan cacing pita berlaku setelah dia menelan larva diphyllobothrium yang biasanya boleh ditemui dalam ikan air tawar seperti ikan salmon. Dan walaupun ikan itu diperap atau pun disalai, larva itu masih hidup.
Masalah ini biasanya terjadi di kawasan-kawasan miskin yang mana tahap kebersihan adalah rendah. Namun, kini ia menular ke kawasan bandar kerana sashami semakin popular dalam masyarakat.
Jangkitan ini boleh membawa maut sekiranya ia sampai ke otak. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com