Tangan Terbelah Tepis Bom Di Klang


Laman Facebook My Youth National Crime and Safety telah memuat naik gambar yang amat mengerikan iaitu keadaan mangsa serangan bom buatan sendiri yang dilaporkan terjadi di Klang baru-baru ini. 

Tujuannya agar penduduk di sekitar kawasan Klang berwaspada dengan kehadiran penjenayah yang membaling bom buatan sendiri.

Berdasarkan penerangan oleh Anson Ho, adik kepada mangsa, abangnya bersama dengan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang setelah makan lewat malam di Bukit Tinggi.

Ketika melalui sebuah stesen minyak, tiba-tiba sebuah motosikal yang membawa pembonceng melempar satu objek ke arah cermin kereta abangnya yangs sedang terbuka.

Abangnya menepis objek tersebut, malangnya, objek tersebut adalah sebuah bom buatan sendiri. 

Tindakan abangnya itu menyebabkan kecederaan parah di tangan abangnya hingga terbelah. 

Namun, tindakan abangnya itu juga telah menyelamatkan dua lagi rakannya di dalam kereta berkenaan.


Kepada orang-orang yang berada di kawasan Klang, berhati-hati lah dengan mereka ini terutamanya ketika anda memandu kereta, pastikan cermin sentiasa ditutup bagi menghindari kejadian yang sama berulang. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com