Pelakon, Tasha Shilla terkejut dan "bengang habis" apabila mengetahui tentang dirinya yang dituduh memadu asmara di dalam tandas bersama kekasihnya, Han Chen Wong, di lokasi pergambaran drama "Maaf Jika Aku Tak Sempurna", baru-baru ini.
Menafikan sekeras-kerasnya fitnah yang dilempar padanya, Tasha menjangka tuduhan melampau itu sengaja dibuat bagi mengaibkan serta menjatuhkan kariernya sebagai anak seni oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Siapa
yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi
tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!” tegas Tasha Shilla
mengulas khabar angin ini.
"Saya
sampai tak tahu nak kata apa. Memang mengejutkan sebab macam tak
sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.
"Saya
sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya
macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan," tegas Tasha, terguris dengan tohmahan tersebut.
Difahamkan bahawa cerita perlakuan sumbang di antara Tasha, 27, dan Han, 24, berpunca dari kru pergambaran drama terbabit dan menyebarkannya sehingga mendapat liputan meluas dari media-media hiburan.
Tasha turut menegaskan bahawa dia tidak bodoh untuk melakukan perkara terkutuk sebegitu, apatah lagi di lokasi pergambaran yang menjadi salah satu punca rezekinya.
“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?” tambahnya lagi yang telah menjalin hubungan cinta dengan Han sejak akhir tahun lalu.
Tasha Shila juga berang dengan dakwaan yang disifatkan melampau serta memalukannya selepas kontroversi sebelum ini, yang mengatakan kononnya dia bercumbu di khalayak ramai sebagai tidak berasas. -NorhayatiShaharun/ KedahNews.Com