Sekeping surat sedang disebar secara meluas di laman-laman komunikasi sosial mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bakal dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang "digulingkan" Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Surat berkenaan memaparkan surat yang ditujukan pada Azmin dari pihak Istana Selangor dengan tajuk "Pelantikan Sebagai Dato' Menteri Besar Selangor" yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.
"Sukacita dimaklumkan bahawa D.Y.M.M Sultan Selangor telah berkenan
melantik Y.B Tuan untuk menjawat jawatan Dato' Menteri Besar Selangor
berkuatkuasa mulai 23 September 2014." kata surat tersebut.
Media diberitahu pihak Istana sebelum ini bahawa majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu dijadualkan akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang esok.
Azmin sebelum ini turut menafikan dakwaan beliau akan dilantik untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menganggap berita yang tersebar sebagai khabar angin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam perkembangan tersebut, gambar-gambar raptai upacara mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor sudah tersebar di laman-laman sosial, namun tiada gambar individu yang bakal dilantik menggantikan Khalid di dalam gambar tersebar itu.
Selain Azmin, dua Adun PAS, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut dikatakan tersenarai sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid.
PKR yang berkeras terhadap Istana Selangor dengan hanya menamakan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon menteri besar yang baharu menegaskan pihak mereka tidak merestui Azmin sekiranya dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan memberi sebarang komen mengenai pelantikan Azmin ke jawatan tersebut.
Dilaporkan bahawa hanya PAS sahaja yang patuh pada titah Istana untuk menyerahkan tiga calon Menteri Besar yang turut menamakan Azmin bagi menggantikan Khalid selain "mencuba nasib" dengan dua nama Adun PAS yang lain.
Tindakan PAS itu telah mencetus pergaduhan serius di antara PAS dengan PKR dan DAP yang kemudian bertindak balas memboikot penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor dan Muktamar PAS Ke-60 tanpa kehadiran pemimpin utama mereka seperti kebiasaan. -KedahNews.com