KULIM - Masalah pokok besar yang tidak diselanggara dengan baik
membahayakan penduduk selain mengakibatkan masalah bekalan elektrik
apabila ada kabel terselit di belakang dahan.
Sebelum ini, pernah berlaku beberapa kejadian kabel elektrik terputus apabila dahan pokok yang reput menimpa kabel terlibat.
Akibatnya, ia menghasilkan percikan api sebelum meletup dan seluruh kawasan taman perumahan akan mengalami masalah gangguan bekalan elektrik.
Penduduk, Saad Hashim berkata, masalah pokok besar dan tidak diselenggarakan ini bukan sahaja berbahaya kepada kabel elektrik, tetapi ia membahayakan pengguna jalan raya terutama pada waktu hujan lebat.
Menurutnya, banyak pokok sekitar perumahan Taman Selasih terlalu besar dan ada antaranya sudah kering dan mati.
"Sebelum ini, masalah kabel elektrik putus akibat ditimpa dahan pokok pernah berlaku, namun tiada pihak mengambil inisiatif memastikan masalah itu tidak berulang” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Mohd Zailan Hashim berkata, MPKK telah menyelenggara pokok di perumahan terbabit, bagaimanapun ia dijalankan secara berperingkat.
Menurutnya, sehingga kini beberapa pokok besar di kawasan taman perumahan telah dipotong, antaranya di Taman Cengal.
"MPKK prihatin dan menyelenggara pokok setiap kali menerima aduan. Bagaimanapun, ia dijalankan secara berperingkat kerana lebih dari 100 taman perumahan ada di Kulim.
"Kita akan cuba mengatasi masalah ini sebaik mungkin bagi memastikan penduduk sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya. -Sinar Harian