Gambar Hiasan
Jitra – Seorang lelaki yang
dikenali dengan gelaran ‘Lebai’ telah ditahan polis setelah didakwa meliwat
seorang orang kurang upaya (OKU) di sebuah masjid di Tunjang, Jerlun pada 4
September lalu.
Menurut sumber, pada mulanya mangsa
yang berusia 46 tahun telah diajak suspek pergi ke masjid berkenaan dengan
menaiki sebuah motosikal pada jam 11.00 pagi.
Difahamkan lelaki yang cacat
penglihatan telah diberi makan oleh suspek sebelum dia bertindak mengunci pintu
dan meliwat mangsa.
"Mangsa mengenali suspek sejak
tiga bulan lalu ketika solat di masjid tersebut. Sebaik tiba di masjid, mangsa
diberi makan terlebih dahulu sebelum suspek mengunci pintu masjid selepas
mendapati tiada orang lain di situ.
"Selepas meliwat mangsa, suspek
kemudiannya menghantar mangsa pulang," katanya dipetik Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu,
Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, mangsa telah mengadu mengenai
kejadian tersebut kepada kakak iparnya sebelum dia dibawa ke balai polis untuk
membuat laporan.
Abdul Rahim berkata, mangsa telah
dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan sejurus selesai membuat laporan di balai
polis.
"Mangsa membuat laporan di Balai
Polis Jitra tengah hari kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Jitra untuk
pemeriksaan lanjut.
"Bertindak atas maklumat
tersebut, sepasukan polis menyerbu rumah suspek dan menahannya pada hari yang
sama. Suspek kini direman selama lima hari mulai semalam untuk membantu
siasatan.
"Kes disiasat bawah Seksyen 377C
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak
lebih 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah," katanya lagi. –KedahNews.com/Mohd
Shahir Shukor